Rabu, 13 Mac 2013

Peraturan

definisi PERATURAN : kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah dan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid.



TAHUKAH ANDA ??? 

Pada umumnya, murid di sekolah rendah mula belajar untuk berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan daripada guru mereka.


Murid peringkat ini amat perlukan :

1. Perhatian daripada guru.
2. Diberi hadiah atau intensif.


Oleh itu, guru haruslah faham mengapa murid pada peringkat ini nakal, suka mengacau rakan, kuat membebel dan sebagainya. Inilah hakikat kejadian sebenar bagi kanak-kanak normal. :)


Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini :

1.Mula mendapat pengalaman baharu.
2.Berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu.


Namun bagitu, tidak semua kanak-kanak akan melakukan perkara yang sama oleh kerana disebabkan oleh perbezaan individu. Tetapi hampir secara keseluruhan sedemikian. ^^

Oleh kerana murid pada peringkat ini masih memerlukan pemantauan oleh guru mereka, maka guru yang berkesan akan membentuk peraturan dan prosedur di dalam bilik darjah agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran. Peraturan mestilah jelas dan mudah di fahami dan di ingati agar murid boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah.

Peraturan mestilah bercirikan perkara berikut :

1. Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
2.Seeloknya peraturan yang dibentuk bermakna dan dipersetujui oleh murid dan lebih bermakna jika guru bersama-sama membina peraturan dengan murid agar murid merasakan mereka dihargai dan menjadi sebahagian daripada warga bilik darjah. (DEMOKRASI dan bukan AUTOKRATIK)
3.Hadkan bilangan peraturan.
4.Seharusnya adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran.
5.Ayat mestilah bersifat positif. Elakkan menggunakan perkataan 'JANGAN...'
6.Mestilah selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya.


CONTOH PERATURAN:

1.Menghormati guru dan rakan.
2.Menepati masa.
3.Menghormati harta benda orang lain.
4.Menjaga kebersihan bilik darjah.
5.Mematuhi peraturan sekolah.








Selasa, 12 Mac 2013

AWAS!! Check dulu..:)

AWAS!! Check dulu..:) adalah aktiviti rutin sebelum memulakan pembelajaran.

Apabila mula-mula masuk ke kelas, sudah pasti guru akan melihat persekitaran kelas untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif wujud. Guru bertanggungjawab menarik perhatian murid-murid terhadap pengajarannya. 


Aktiviti ini boleh dilakukan setiap kali masuk ke kelas dan mendapati kelas berada dalam keadaan yang kotor dan murid-murid membuat bising.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di dalam kelas, guru perlu:



  • menyuruh semua murid berdiri di tepi meja masing-masing dalam keadaan senyap.
  • kemudian guru menyuruh murid-murid menyanyi bersama-sama lagu yang yang telah ditampal di hadapan kelas.

pandang kanan, pandang kiri,
kutip sampah,kutip sampah,
buang dalam bakul, buang dalam bakul,
saya bijak, saya bijak, saya bijak.

contoh pelan bilik darjah yang kondusif
Aktiviti seperti ini yang menggunakan kaedah nyanyian dapat membantu mendisiplinkan murid-murid di samping memberikan suasana seronok untuk belajar. 

Setelah memastikan persekitaran kelas sudah bersih, guru meminta murid-murid membaca doa penerang hati sebelum memulakan pelajaran.



رَّبِّ اشْرَحْلِى صَدْرِي وَيَسِّرْلِي اَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِ يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.      

                                                                                                            (SurahTaha: 25,26,27)

Isnin, 11 Mac 2013

Centre si Middle :)

Centre si Middle ialah nama aktiviti semasa pertengahan pembelajaran dikelas. 




Aplikasikan semasa mengajar dikelas apabila:

1) Murid mula tidak mengambil perhatian
2)Murid mengganggu rakan lain
3)Murid kelihatan bosan






Guru boleh menggunakan aktiviti ini :

1) Mengikut kreativiti sendiri 
2) Pergerakan sendiri
3)Peraturan kelas sendiri





Centre si Middle dijalankan seperti berikut :

1)Guru akan menepuk tangan 3 kali untuk menarik perhatian murid.
2)Guru akan menyebut "Peraturan kita ialah ??"
3)Murid akan menyebut satu persatu peraturan yang telah digantung dihadapan kelas untuk murid sentiasa ingat dan boleh dibaca dengan pergerakan yang sesuai.
4)Selepas menyebut peraturan kelas, guru dan murid akan mengurut belakang antara satu dengan lain.
5) Murid akan duduk ditempat masing-masing sambil memberikan isyarat diam kepada rakan-rakan dan guru akan menyambung kembali pengajaran seperti biasa.


Contoh peraturan didalam kelas ialah :

1)Semasa cikgu mengajar murid diam.
2)Buat kerja apabila diarahkan.
3)Jangan mengganggu rakan.

LeSsonS End~

       Tiga minit sebelum guru keluar, guru akan membunyikan loceng (atau apa sahaja yang mengeluarkan bunyi nyaring). Murid secara kendiri akan bergegas mengemaskan beg dan meja. Lalu berdiri dan menyanyikan lagu dan membaca doa
 beramai-ramai (sambil membuat pergerakan ).

Peraturan:Murid dikehendaki menyanyi dan membaca doa secara serentak.Jika tidak,murid dikehendaki mengulangi semula dari awal.Murid hanya dibenarkan keluar kelas selepas selesai menyanyi dan membaca doa dengan sempurna.

Lagu: 





doa:






اللَّهُمَّ انْفَعْنَا بِمَا عَلَّمْتَنَا
ROBBNANFA'NAA BIMAA ‘ALLAMTANAA
Ya Allah berilah kami manfaat bagi apa yang telah Engkau ajarkan pada kami,

وَعَلِّمْنَا الَّذِى يَنْفَعُنَاWA'ALLIMNAL LADZII YANFAUNAA
Ya Allah ajarkanlah pada kami sesuatu yang bermanfaat bagi kami

وَزِدْنَا عِلْمًاWAZIDNA 'ILMAA
dan tambahkanlah ilmu pada kami

وَاْلحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍWAL_HAMDU LILLAHI 'ALA KULLI _HAAL.
seegala puji hanya milik Allah pada setiap saat




Ahad, 10 Mac 2013

Pedagogi


 PEDAGOGI
Pedagogi: kajian pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Atau saintifiknya disebut sains dan seni  cara mengajar di sekolah. 

Pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari sebelum menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya: perkataan Pedagogi berasal daripada bahasa Yunani paidagogos,iaitu hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi(mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan kedua-duanya boleh ditukar guna.

Taksonomi Bloom
Pedagogi moden seringkali membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, seperti  apa yang dimaksudkan oleh taksonomi Bloom. iaitu:
  • Bidang Kognitif
    Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
  • Bidang Afektif
    Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
  • Bidang Psikomotor
    Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
            Ketiga-tiga bidang ini terbahagi kepada berdasarkan kemahiran/kebolehan yang berbeza tetapi di dalam situasi pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

Topik dalam pedagogi
Topik perbincangan pedagogi boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar iaitu:
            Bagi seorang bakal guru kedua-dua bidang ini merupakan rujukan utama sebelum menjadi seorang guru dan perlu di kukuhkan dengan kajian yang lebih terperinci seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH


Richards (1990)
Beliau mentafsirkn pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Alberto & Troutman (1986)
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tngkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Marland (1975) 
Mengatakan suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan "kawan" atau "musuh dalam pengajaran".



Sabtu, 9 Mac 2013

Pengenalan kita :)

Anak muda belum berakal,
 Siang kesana malam kemari, 
Hendak kusapa belumlah kenal, 
Kutimang saja di dalam mimpi.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.. 

Tidaklah molek kiranya sapaan tidak dibalas dengan
 senyuman,,, :)  Bak kata orang-orang tua,,, tak kenal maka tak cinta...
OLEH ITU,,izinkan kami menceritakan hal kisah sejarah 
terciptanya BLOG kami ini... KELAS DUNIA GURU 
PERTAMA,,,,

Bukanlah mudah untuk kami meluangkan masa menjadi 
Miss Blogger yang setia dengan kata-kata ataupun 
input-input yang sangat menarik untuk dikongsikan
bersama..Namun dengan TEKAD DAN USAHA KAMI
 dalam melaksanakan TUGASAN PROJEK 

PENGURUSAN BILIK DARJAH yang kami pelajari pada
 SEMESTER 3, PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN maka dengan itu terhasillah blog kami yangpertama :) ALHAMDULILLAH...



Semoga dengan kehadiran blog kami ini dapatlah kiranya
 membantu semua guru-guru khususnya di Malaysia 
dalam menguruskan bilik darjah yang semakin rumit pada 
era ini...



Kami merupakan bakal guru daripada INSTITUSI 
PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 
menjamu anda dengan menu-menu yang boleh dijamah
 bersama-sama dan berkongsi antara satu dengan yang
 lain sehingga anda tidak akan merasa kenyang dan 
sentiasa ingin menjamu selera dengan pelbagai lauk-pauk
 yang kami sediakan...Gunakanlah resepi-resepi ini 
dengan sebaiknya dan semoga dengan izinNya kita
 menjadi Pendidik Beyond Proforma :)


KAMI LAH... :)



 Jangan kita membuang masa,
kelak menyesal tidak berdaya,
Adatnya saya manusia biasa,
Terkasar bahasa harap dilupa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...