Ahad, 10 Mac 2013

Pedagogi


 PEDAGOGI
Pedagogi: kajian pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Atau saintifiknya disebut sains dan seni  cara mengajar di sekolah. 

Pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari sebelum menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya: perkataan Pedagogi berasal daripada bahasa Yunani paidagogos,iaitu hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi(mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan kedua-duanya boleh ditukar guna.

Taksonomi Bloom
Pedagogi moden seringkali membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, seperti  apa yang dimaksudkan oleh taksonomi Bloom. iaitu:
  • Bidang Kognitif
    Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
  • Bidang Afektif
    Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
  • Bidang Psikomotor
    Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
            Ketiga-tiga bidang ini terbahagi kepada berdasarkan kemahiran/kebolehan yang berbeza tetapi di dalam situasi pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

Topik dalam pedagogi
Topik perbincangan pedagogi boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar iaitu:
            Bagi seorang bakal guru kedua-dua bidang ini merupakan rujukan utama sebelum menjadi seorang guru dan perlu di kukuhkan dengan kajian yang lebih terperinci seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

input yang bagus ^^

muslimah PISMP3.08 berkata...

terima kasih sahabat,,,jika ada sebarang penambah baikan,,,jgn segan silu komen ya,, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...